fbpx
Select Page

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Hidupan Liar G19 (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara)

Pada 18hb Julai 2019 ini akan diadakan satu Peperiksaan Online Pembantu Hidupan Liar G19 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara. Calon sudah mula membuat carian nota rujukan atau panduan peperiksaan serta contoh soalan dan rujukan Online Pembantu Hidupan Liar G19 ini di google selepas SPA mula mengumumkan tarikh peperiksaan online di Fanpage mereka dan juga ia bagus untuk calon buat persediaan lebih awal mencari maklumat.

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===============================================

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19 (JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA)

Tarikh Peperiksaan : 18 Julai 2019 (Khamis)

Pautan Alternatif:
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu_hidupan_liar

Sila layari laman web:
—————————-
http://www.spa.gov.my/…/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan…

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

-Format Exam-

Admin ingin menceritakan format Exam online pada 18 Julai 2019 banyak berikan penekanan mengenai Matematik dan Bahasa Inggeris pada seksyen A dan B dan kami berpendapat pada kali ini calon perlu lebih tekun untuk membuat latihan pada semua seksyen A dan B.

Di dalam contoh ini kami bekalkan juga sedikit maklumat tentang soalan seksyen C sekadar untuk pengetahuan calon sahaja.

1. Ujian kali ini mengandungi 2 seksyen iaitu A dan B seperti di bawah ini:

i) Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
ii) Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

SEKSYEN A – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 40 Soalan dan terdapat 2 pecahan;

HURAIAN SEKSYEN A – Pecahan 1 : Penyelesaian Masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang
mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan
supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa
yang disampaikan.

Persediaan untuk bahagian ini ialah anda boleh cari set-set soalan yang
khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya
bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses ‘reasoning’ yang waras
untuk menjawab soalan ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran
menyelesaikan masalah.

contoh soalan

“Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah
mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta
itu daripada yang mempunyainya”

1. Pada suatu hari, Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus
coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut.
Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai
tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil
coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi
sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini
mengikut petikan undang-undang seperti di atas, Y adalah:

A. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran
D. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia
mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.

Jawapan: C
Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu
dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata
sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu,
”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah
bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara
B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai
tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal
sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang
demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

Anda sudah nampak bagaimana soalan pecahan sebegini ditanya? Sedikit
mengelirukan tetapi jika anda teliti dan tulis isi penting terlebih dahulu,
kekeliruan dapat dikurangkan 🙂

HURAIAN SEKSYEN A – Pecahan 2 : Menginterpretasi Data

Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti
di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang
kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis
data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya
dengan pecahan ‘Penyelesaian Masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda
menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam
bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang
perlu dinilai.

Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data
yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun
ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula.

Untuk memudahkan pemahaman anda, di sini disertakan antara contoh
soalan dalam bahagian ini yang menguji aspek bagaimana anda
‘Menginterpretasi Data’

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah
RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan : B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun
hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000.
Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun
hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan : C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah
pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan : C

*Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan
bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal.
Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia?

 

HURAIAN SEKSYEN B – Pecahan 3 : Soalan Matematik

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka
mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu
telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan: A

Pengiraan: 90% daripada 40 orang mengambil peperiksaan bersamaan
dengan 36 orang. Hanya 3/4 sahaja yang lulus daripada 36 orang tersebut.
Ini adalah bersamaan dengan 27 orang sahaja yang lulus. Jadi, jawapan
yang tepat adalah A.

2) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

SEKSYEN B – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan
merangkumi dua (2) petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.
Masa : 30 minit
Soalan : 30 (aneka pilihan)

Di bawah ini saya sertakan satu contoh artikel bahasa inggeris dan Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen Bahasa Inggeris  Pembantu Hidupan liar Gred G19 untuk tatapan calon buat persediaan untuk exam 18 Julai 2019 ni.

Title : Price Hike

Many people complain when the cost of basic goods increases due to the flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say in the matter.

Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic instability within the country. Due to increases in cost of living also not being reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a result of poverty and basic goods being simply unaffordable.

The factors contributing to the price increase of basic goods include:

  • Rising costs of fuel sources (affecting overall production and transportation costs);
  • Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing. As an example,even with the reduced fuel prices imposed by the government, the prices of goods remain at an all-time high;
  • Consumers insisting on purchasing the same type (or brand) of goods despite the higher price.
  • The lack of emphasis to produce food and goods in-country.

The questions:

1) I have only a ________ Christmas cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

2) Jamal ___________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

3) Where ___________ Sarah live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) How many people ___________ in your family?

A. are there
B. is there
C. there are
D. there

Begitulah sedikit sebanyak contoh-contoh soalan SPA yang akan anda hadapi pada exam online 16 Julai 2019 nanti. Contoh-contoh yang saya bawakan ini bukanlah soalan sebenar tapi ia ialah contoh berdasarkan pengalaman calon-calon yang pernah menghadiri sesi peperiksaan SPA sebelum ini.

Untuk mantapkan daya pengetahuan calon sebelum menghadiri sesi Exam Online – 2019 ini, calon boleh download Preview Copy iaitu calon boleh mendapatkan Contoh Soalan Exam versi terkini ini yang akan diberikan melalui email nanti. Calon boleh download di sini:

Rujukan Exam Online WhatsApps 0134266151 (suhaili)

 

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Gred 19

Calon juga boleh lihat testimoni di bawah ini. Mereka ini adalah calon exam PTD pada musim yang lepas yang telah lulus dengan bantuan Pakej Rujukan Lengkap yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya iaitu sekumpulan Pengkaji Soalan dan Jawapan Exam-Exam Utama SPA sebelum ini seperti PTD, KASTAM dan AKAUNTAN.  Pakej Rujukan PEPERIKSAAN ONLINE anda boleh dapatkan dari klik link yang tertera di atas ini.

The post Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Hidupan Liar G19 Taman Negara Malaysia appeared first on Blog Info Kerjaya Dan Tips Lulus Peperiksaan Kerjaya Di Malaysia.