fbpx
Select Page

Setiap temuduga dirangka khusus untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.
Di bawah ini ialah panduan persediaan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan di Malaysia yang dipecahkan kepada 3 bahagian sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Panduan di bawah ini sesuai untuk semua jenis jawatan kerja-kerajaan 2019 ke atas seperti;

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
================================================

  1. PENGUASA KASTAM DIRAJAMALAYSIA (TARIKH TEMU DUGA 20 OGOS 2019-04SEPTEMBER 2019)

Di bawah ini saya bawakan kepada anda “wajah-wajah” gembira calon-calon exam dan temuduga kerja kerajaan;

SEBELUM TEMUDUGA SPA

Tampilkan intelektualiti atau kepintaran anda. Anda harus membuat persediaan yang mencakupi refleksi intelektual anda. Adalah amat memalukan jika anda dipanggil ke temuduga kerajaan tetapi anda tiada maklumat
asas dalam perjawatan tersebut dan struktur pentadbiran awam.

Antara maklumat dan persediaan yang anda perlu dalam menyediakan diri anda dalam skop intelektual ini adalah;

  1.  Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam dan orang-orang
    penting kerajaan/kementerian untuk jawatan yang anda pohon
  2. Jangan lupa studi mengenai organisasi itu juga sebagai contoh, organisasi Majlis Perbandaran atau Organisai LHDN dan sebagainya. Kementerian berkaitan dan organisasi agensi ini.
  3.  Membaca buku Malaysia Kita yang banyak memberi maklumat tentang sistem di negara
    Malaysia misalnya parlimen negara (dewan rakyat dan dewan negara)
  4. Tahu dasar kerajaan terbarunya dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung dengan sesuatu dasar itu. Sebagai contoh sebelum ini dasar 1 Malaysia.
  5. Terkini inisiatif kerajaan baharu ini sebagai kesinambungan Wawasan2020, Kepekaan dengan isu-isu semasa. Sebagai bakal pegawai kerajaan anda harus ada ciri kepekaan ini. Tak kiralah ianya adalah isu pendidikan atau isu-isu lain, anda harus tahu. Lebih-lebih lagi isu yang menjadi isu besar negara. Antaranya jika boleh diberi contoh disini;
    • kes H1N1 dan HFMD – apakah langkah yang terbaik untuk mencegah penularan penyakit ini?
    • isu-isu terbaru di Malaysia? Sentiasa baca suratkhabar dan pastikan anda tahu secara umum
    dengan isu-isu semasa termasuk bola sepak, komanwel dan sebagainya (sekadar memberi
    contoh)
    • Jika organisasi anda melibatkan sebagai contoh KDN, LHDN dan KPDNKK, lihat juga tangkapan-tangkapan dan siasatan oleh pihak mereka yang dipaparkan di akhbar.
  6. Jelas halatuju. Ini adalah perkara utama yang anda perlu buat persediaan. Anda bakal ditanya dengan
    soalan-soalan berkaitan diri sendiri seperti;
    • apa matlamat hidup?
    • kenapa mahu jawat jawatan ini?
    • kenapa mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding kerja
    kerajaan?
    • apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

Jadi skop sebelum interview adalah persediaan. Persediaan anda harus mencakupi pelbagai cabang dan
3 perkara di atas adalah sesuatu yang mesti dititikberatkan. Jangan hadir temuduga tanpa persediaan!

SEMASA TEMUDUGA SPA

Jika boleh anda kenali dahulu siapa penemuduga. Anda boleh terus bertanya sebelum masuk ke bilik
interview. Untuk sesi 2016-2017, ada sesi temuduga melibatkan pengerusi SPA sendiri iaitu Tan Sri
Arpah Abdul Razak. Mengenali siapa penemuduga anda adalah satu kelebihan kerana anda boleh mula
masuk dewan dengan salutasi “Salam sejahtera/Assalamualaikum Yang Berbahagia Tan Sri …” sekaligus
menampakkan yang anda peka.

Anda boleh lihat website SPA untuk kenal mereka-mereka yang selalu terlibat dalam proses temuduga melalui link ini;

http://www.spa.gov.my/web/guest/ahli-suruhanjaya

Banyak lagi panel penemuduga, tetapi ini antara yang penting anda kena kenal. Juga jangan lupa semak
carta organisasi Kementerian jawatan anda juga. Untuk itu anda boleh rujuk pada carta organisasi untuk kerajaan baru ini kemudian GOOGLE sahaja nama mereka jadi anda boleh kenal wajah mereka.

Mula masuk ke bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan pembuka salutasi dan jangan lupa senyuman.
• Ceriakan wajah anda
• Duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
• Jangan duduk dahulu, anda boleh duduk bila diminta oleh penemuduga
• Jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas
Contoh jawapan yang berstruktur, tepat dan ringkas adalah;
Beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1 atau HFMD
Anda harus jawab “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1 atau HFMD. Yang pertamanya…Yang
keduanya,..Yang ketiganya…”

SELEPAS TEMUDUGA SPA

Jangan terus keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada panel penemuduga. Ingat, jangan sesekali
merayu seperti, “tolonglah, saya amat perlukan jawatan ini. Mak saya sakit di kampung …etc” Anda tak
perlukan semua itu. Buat sehabis baik dan biar keputusan dibuat berdasarkan kebolehan anda. Merayu
sedemikian hanya menjatuhkan kredibiliti anda dan peluang untuk anda amat tipis.
Jangan lupa, bila pulang ke rumah berdoalah supaya berjaya.

Anda Mahukan Lebih Tips Lagi dan “RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN DI MALAYSIA”?

 

Klik dan Daftar pada link di bawah ini untuk dapatkan PREVIEW COPY!

Ebook adalah dalam format PDF Format ebook adalah PDF iaitu buku maya yang hanya boleh dibaca melalui komputer menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak ebook ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun.

atau anda boleh lakukan pertanyaan di link wassap di bawah untuk tempahan segera!

==>> http://www.wasap.my/60134266151/nakebooktemuduga

 

The post Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Di Malaysia appeared first on Blog Info Kerjaya Dan Tips Lulus Peperiksaan Kerjaya Di Malaysia.