Bantuan Tambahan STR : Jumlah Bantuan dan Tarikh Bayaran

23 April 2023 10:23 AM

bantuan tambahan str

Bantuan Tambahan STR : Semakan Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima Oleh Kategori Penerima Yang Layak Dan Tarikh Bayaran Bagi Setiap Fasa.

Bantuan tambahan STR ini adalah khusus untuk mereka yang berstatus isi rumah miskin tegar sahaja, dengan pendapatan isi rumah dibawah RM1,169, dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih.

Untuk makluman anda bantuan tambahan ini, akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ini adalah satu usaha kerajaan dalam membantu golongan miskin tegar di malaysia, untuk meringankan serba sedikit bebanan kewangan yang sedang dihadapi oleh mereka, bagi mendapatkan barangan makanan asas.

Maklumat lanjut berkenaan jumlah bantuan tambahan dan tarikh bayaran bagi setiap fasa, anda boleh rujuk jadual di bawah.


Jadual Bantuan Tambahan STR

Jadual bantuan tambahan mengikut kategori penerima bagi setiap fasa.

ISI RUMAH MISKIN TEGAR (TIADA HAD UMUR)
PENDAPATAN DIBAWAH RM1,169
BILANGAN ANAK FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 FASA 5 FASA 6 JUMLAH
TAMBAHAN (RM)
JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
Tiada Anak 100 100 100 100 100 100 600 1,600
1 - 2
Orang Anak
100 100 100 100 100 100 600 2,100
3 - 4
Orang Anak
100 100 100 100 100 100 600 2,600
Lebih 5
Orang Anak
100 100 100 100 100 100 600 3,100

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR

Tarikh bayaran bantuan tambahan bagi setiap fasa.

Kategori Penerima Tarikh Pembayaran
Pembayaran Fasa 1
(Julai 2023)
Tarikh sebenar fasa 1
belum diumumkan
Pembayaran Fasa 2
(Ogos 2023)
Tarikh sebenar fasa 2
belum diumumkan
Pembayaran Fasa 3
(September 2023)
Tarikh sebenar fasa 3
belum diumumkan
Pembayaran Fasa 4
(Oktober 2023)
Tarikh sebenar fasa 4
belum diumumkan
Pembayaran Fasa 5
(November 2023)
Tarikh sebenar fasa 5
belum diumumkan
Pembayaran Fasa 6
(Disember 2023)
Tarikh sebenar fasa 6
belum diumumkan

Kaedah Bantuan Tambahan STR

  1. Bakul makanan.
  2. Baucar untuk barangan makanan asas.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaaan

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) ini. Anda boleh merujuk terus ke laman rasmi berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/