23 April 2023 10:22 AM
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) : Semakan Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima Mengikut Kategori Penerima Untuk Setiap Fasa Bagi Tahun 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) adalah satu program bantuan tunai, yang khusus untuk golongan B40. Matlamat program bantuan tunai ini, adalah untuk mengurangkan sedikit bebanan kewangan, yang dipikul orang rakyat malaysia ketika ini.
Ia adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai, yang pernah diterima oleh rakyat malaysia sebelum ini, yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Untuk makluman anda, Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) ini mempunyai 4 fasa pembayaran, dimana jumlah bantuan bagi setiap fasa pembayaran adalah berbeza. Fasa 3 dan fasa 4 penerima akan menerima jumlah bantuan yang lebih tinggi berbanding fasa 1 dan fasa 2.
Maklumat lanjut berkenaan jumlah bantuan bagi setiap fasa, anda boleh rujuk pada jadual jumlah bantuan dibawah.
Jadual jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) mengikut kategori penerima bagi setiap fasa.
ISI RUMAH (TIADA HAD UMUR) PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500 |
|||||
---|---|---|---|---|---|
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | JUMLAH (RM) |
Tiada Anak | 300 | 200 | 300 | 200 | 1,000 |
1 - 2 Orang Anak |
300 | 200 | 400 | 600 | 1,500 |
3 - 4 Orang Anak |
300 | 200 | 600 | 900 | 2,000 |
Lebih 5 Orang Anak |
300 | 200 | 800 | 1,200 | 2,500 |
ISI RUMAH (TIADA HAD UMUR) PENDAPATAN RM2501 - RM5000 |
|||||
---|---|---|---|---|---|
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | JUMLAH (RM) |
Tiada Anak | 300 | 200 | 0 | 0 | 500 |
1 - 2 Orang Anak |
300 | 200 | 150 | 0 | 650 |
3 - 4 Orang Anak |
300 | 200 | 200 | 300 | 1,000 |
Lebih 5 Orang Anak |
300 | 200 | 250 | 500 | 1,250 |
WARGA EMAS SEBATANG KARA (UMUR 60 TAHUN KE ATAS) PENDAPATAN DIBAWAH RM5,000 |
|||||
---|---|---|---|---|---|
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | JUMLAH (RM) |
Tiada Anak | 100 | 100 | 200 | 200 | 600 |
BUJANG (UMUR 21 - 59 TAHUN) PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500 |
|||||
---|---|---|---|---|---|
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | JUMLAH (RM) |
Tiada Anak | 100 | 100 | 150 | 0 | 350 |
BUJANG OKU (UMUR 19 - 59 TAHUN) PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500 |
|||||
---|---|---|---|---|---|
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | JUMLAH (RM) |
Tiada Anak | 100 | 100 | 150 | 0 | 350 |
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan,
mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) ini. Anda boleh merujuk terus ke laman rasmi berikut :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/