STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran dan Jumlah Bantuan

23 April 2023 10:23 AM

str fasa 3

STR Fasa 3 : Semakan Tarikh Bayaran Ke Dalam Akaun Bank dan Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima Mengikut Kategori Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Merujuk kepada pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2, semua penerima yang layak telah menerima bayaran mengikut kategori penerima, pada 17 Januari 2023 bagi fasa 1 dan 5 April 2023 bagi fasa 2.

Seterusya, bilakah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 3, akan mula dibayar ke dalam akaun bank penerima yang layak.


Tarikh Bayaran STR Fasa 3

STR Fasa 3 akan mula dibayar kepada penerima yang layak, adalah pada bulan julai 2023, tetapi tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan kerajaan buat masa ini.


Jumlah Bantuan STR Fasa 3

Berdasarkan jadual Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bayaran bagi Fasa 3 ini adalah bayaran kedua tertinggi yang akan diterima oleh semua kategori penerima yang layak.

Untuk makluman anda, terdapat satu kategori tidak akan menerima bayaran untuk STR Fasa 3 ini, iaitu kategori isi rumah tiada anak yang berpendapatan RM2501-RM5000 sebulan.

Bagi kategori lain, sila rujuk jadual dibawah untuk jumlah bantuan, yang akan anda terima pada bulan julai nanti :

Jadual Jumlah Bantuan STR Fasa 3

Isi Rumah (Tiada Had Umur)
Pendapatan RM2501 - RM5000
Bilangan Anak Bayaran Fasa 3 (RM)
Tiada Anak 300
1 - 2 400
3 - 4 600
5 Ke Atas 800
Isi Rumah (Tiada Had Umur)
Pendapatan RM2501 - RM5000
Bilangan Anak Bayaran Fasa 3 (RM)
Tiada Anak 0
1 - 2 150
3 - 4 200
5 Ke Atas 250
Warga Emas Sebatang Kara
(Umur 60 Tahun Ke Atas)
Pendapatan Dibawah RM5,000
Bilangan Anak Bayaran Fasa 3 (RM)
Tiada Anak 200
Bujang (Umur 21 - 59 Tahun)
Pendapatan Dibawah RM2,500
Bilangan Anak Bayaran Fasa 3 (RM)
Tiada Anak 150
Bujang OKU (Umur 19 - 59 Tahun)
Pendapatan Dibawah RM2,500
Bilangan Anak Bayaran Fasa 3 (RM)
Tiada Anak 150

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  1. Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan.
  2. Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat Lanjut dan Pertanyaaan

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini. Anda boleh merujuk terus ke laman rasmi berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/